Tuesday, January 10, 2012

CD sudah dipos! My Little Ripple

Alhamdulillah. Petang ini sudah saya cek emel yang banyak tidak dibaca. Seronok dan teruja. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan terima bungkusan CD yang telah suami bayarkan.

Lumayan juga dengan CD 10 keping dan insert 10 keping, saya dapat extra insert 10 keping. Jadi CD ada 10, insert ada 20. Bolehlah saya mula belajar membasuh, menjaga dan meneliti CD itu.

Oh, ya! CD ini keluaran khas negara Australia. Kilangnya di NSW dan penghantaran ke beberapa area ni Australia adalah percuma. Penghantaran untuk saya di sini, PERCUMA! Sebab itu saya suka!

Jenama CD yang saya maksudkan : My Little Ripple. Taiplah nama itu, pasti akan anda berjumpa dengan lama yang menjual peralatan bayi. Tidak banyak, tetapi masih boleh dipertikaikan kehebatan barang-barangnya. Penghantaran juga cepat dan sangat mesra melayan pelanggan. Saya jadi tidak bersemangat bila penjual melayan saya dengan endah tidak endah sahaja. kalau berjual, mesralah dengan pelanggan....

Oh, ya! Kalau mahu order, silalah order ya! Pasti anda akan suka dengan CD ini..

No comments:

Post a Comment