Thursday, January 5, 2012

Cloth diaper VS Disposal diaper (Belian di Australia)





Aduhai, pening juga hendak fikirkan langkah apakah yang harus saya lakukan untuk memilih antara dua perkara ini.

Sayangkan bumi, penjimatan, maka saya rasa CD adalah jalan terbaik. Tambahan pula suami masih belajar dan saya pula tidak bekerja. Rasanya CD bukanlah satu bebanan untuk saya setakat hendak mencucinya selang 2 hari.

Lampin pakai buang. Hmmm...
Rasanya hal ini sangat berat buat saya. Sebabnya, lampin pakai buang meraih harga yang paling tinggi dalam senarai shopping setiap minggu. Bayangkan dalam satu pek, lebih kurang 40AUD, hanya ada 70 keping. Pakai dan buang.

Sepanjang minggu saya asyik meneliti Internet mencari beberapa jenis CD yang dijual di psaran Australia untuk saya bandingkan dengan CD yang dijual di Malaysia.

Saya mengambil kira harga pos dari Malaysia ke sini. Dan saya juga ambil kira harga AUD yang perlu diganda tiga untuk dapatkan total RM yang perlu dikeluarkan demi CD.
Mahukan CD yang secondhand, saya belum pernah jumpa lagi di garage sales CD secondhand...

Agak bertuah hari ini saya sudah jumpa satu link yang menjual CD di kawasan NSW dan QLD sekitarnya, dengan harga borong yang sangat murah dalam matawang AUD. (Tolonglah jangan darab tiga!!)

Rasanya mahu pujuk suami untuk beli yang ini. Dan akan beli beberapa cover daripada Baby Beehinds untuk kegunaan harian juga. Semoga dipermudahkan Allah SWT urusan saya dan suami demi anak yang bakal kami lahirkan ini..


Boleh lihat link ebay ini http://www.ebay.com.au/sch/little.ripple/m.html?_nkw=&_armrs=1&_from=&_ipg=&_trksid=p3686

No comments:

Post a Comment