Saturday, January 28, 2012

Sabtu nan SEJUK, SABTU dan BUKU

Hari ini Sabtu. Seperti biasa, suami ke temat kerja seawal seusai menunaikan solat Subuh. Saya pula terus menulis untuk hari ini.

Hari ini janji suami, akan ke Garage Sales, bengkel kereta (dengan rakannya), ke jualan buku Toowoomba City Library.

Selepas suami pulang dari kerja, kami bergegas ke sebuah rumah di Middle Ridge untuk mengambil kabinet baju untuk buah hati kami. Harga? sangat berbaloi! 30AUD untuk 3 buah kabinet!

Usai membeli di Middle Ridge, kami ke kawasan Harristown dan suami gembira dengan hasil perolehannya hari ini, remote control car (2 buah) dengan harga, 20AUD!! Sangat-sangat berbaloi!

Siap sahaja di sana, kami pulang sebabnya suami perlu ke bengkel dengan rakannya dan saya mahu ke perpustakaan.

Pada asalnya suami tidak izinkan saya ke sana seoran diri. Setelah dipujuk berkali-kali, barulah saya dibenarkan keluar sendiri ke perpustakaan untuk membeli buku. Indahnya!

Suami bekalkan AUD50 untuk saya membeli belah. He he he

Sebaik-baik sahaja sampai di perpustakaan, saya segera masuk dan memilih buku. Memang buku agak lama tetapi sangat berbaloi ilmunya. Saya cepat-cepat grab buku-buku baby, parenting dan motivasi untuk bacaan kami suami isteri. Majalah parenting, majalah kereta dan truck untuk bacaan suami.

Saya hanya perlu membayar 26AUD untuk satu beg yang snagat besar (yang tidak mampu saya kendong dengan perut hamil ini) tetapi saya kendong juga dengan tawakl supaya tidak berlaku apa-apa yang menakutkan (turun darah atau terbersalin di perpustakaan)!!


Saya bergegas ke kaunter dan bertanya ruang jualan untuk buku kanak-kanak pula. Saya suka mengumpul buku kanak-kanak yang sangat menarik, berkulit tebal di sini. Harga yang sepatutnya sangat mahal di Malaysia.

Saya di bawa oleh seorang pekerja perpustakaan itu menuju ke kawasan jualan buku kanak-kanak.


Setelah diberi sebuah beg, saya bergegas mencari buku. Dengan penuh semangat (dan sikap tamak) saya mengambil buku-buku permulaan, ABC, corak, nombor untuk bacaan anak-anak. TErmasuklah untuk saya simpan di mini library di rumah yang bakal kami inap di Malaysia nanti. Saya mahu simpan buku-buku yang saya beli di Australia ini untuk bacaan anak saya dan anak-anak buah yang bakal lahir lagi nanti serta anak-anak rakan yang bakal berkunjung ke rumah.

Buku yan menarik, hard cover, bukan murah kalau mahu dibeli baru (di Malaysia). Maka, saya sematkan dalm hati, walaupun buku itu sudah agak lusuh dan lunyai, saya mahu juga! Termasuklah buku di garage sales.

Seronoknya hari ini!

Buku, Sabtu dan Kehidupan!

No comments:

Post a Comment