Monday, January 9, 2012

tudung mahal VS tudung murah


Sejak beberapa minggu yang lalu, mereka berbual tentang tudung. Tentulah kami di sini tidak hairan tentang perubahan fesyen tudung di Malaysia.

Kami di sini keluar berjalan sekadar sahaja. pakai apa yang ada. Baju pun buruk. Mana tidaknya, mungkin kami terikut-ikut dengan cara budaya masayarakat Inggeris yang keluar hanya dengan baju usang, tanpa selipar. Meraka bukan msikin, entah kenapa sikap tidak suka bermewah-mewah mungkin? (Opss,,,sebahagian sahaj, okay. mana-mana inggeris yang mewah, masih ada).

Ada kakak yang bercakap tentang tudung baru, sebab dia baru sahaja balik dari Msia. Saya juga teringat tentang tudung-tudung yang saya pernah lihat dalam FB, entah tudung mahal mana, saya juga lupa sebab saya tidak ada tudung mahal begitu.


Kata kakak itu, harga tudung bukan memainkan peranan penting, sebaliknya lihat tudung itu. Cukupkah syarat dalam Islam? Adakah tudung itu benar-benar mengikut syariat yang ditetapkan. Saya membelek diri. Saya juga masih belum sempurna. Tapi bila difikir-fikir, tudung mahal bukan salah satu faktor menampakkan kita solehah. Biarlah tudung murah RM10, janji kita nampak ayu dan anggun bertudung Sekaligus menepati syariat.

Tudung mahal yang biasa saya lihat, Ya Allah, berrenda-renda dah macam alas meja ataupun kain kembang... Maaflah sesiapa yang pakai. Itu pendapat individu.. Kalau anda banyak duit, silakanlah. Tapi kalau saya, cukuplah sekadar tudung itu baik dan okay, tidak rosak dan mudah untuk saya pakai, saya akan suka tudung begitu

Mahal atau murah, tidak penting, yang penting syariat...

Hmm...saya mengangguk sepi.. Menginsafi diri...

No comments:

Post a Comment