Thursday, January 19, 2012

Pejam celik, Bangun duduk


Tak lama sahaja lagi proses melahirkan akan berlaku. Dengan hati yang penuh debaran, didoakan kepada diri sendiri supaya kuat dan teguhlah menjadi seorang pejuang pada saat itu nanti.

Hanya satu harapan: Kepada suami,

Maafkanlah segala perilaku salahku,
Doakanlah kemudahan untukku,
Halalkanlah segala yang telah aku makan dari tanganmu,
Doakanlah aku ketika aku sudah mula berjuang antara hidup dan mati...

Tersingkap segala memori suka dan duka bersamamu, wahai suami.
Andai takdir memisahkan kita,
hanya memori itu akan jadi kenangan manis buat kita untuk kita kenang.
Andai nyawa memisahkan kita, doakanlah terus-terusan agar aku, isterimu bakal mendapat Syurga melalui doamu , halalmu dan redamu..

Suamiku, ketahuilah,
kasih sayang, cinta suci hanya untukmu.

Bersedialah menrima buah hati kita yang pertama.
Namakanlah dia sebaik-baik nama, seperti yang sama-sama kita persetujui, nama yang ringkas dan mudah, sekali disebut, maknanya terus meresap ke jantung.

Bersedialah menjadi seorang ayah dan suami buat kami berdua.

Daddy, we love you!

LOVE:

Mommy and baby.. :)

No comments:

Post a Comment