Monday, January 2, 2012

Debaran menanti, 2012


Pejam celik, pejam celik, sudah 31 minggu baby tinggal dalam perut mommy. Seronok tendang-tendang perut gebu mommy, ye?

Dengar tak suara daddy dengan mommy dekat luar sembang-sembang? Baby jaga diri baik-baik dalam perut mommy ye! Nanti bila dah bersalin, boleh peluk-peluk sama-sama..:)

Sedar tak sedar, sudah enam bulan lebih tragedi mabuk mengandung. mabuk yang terlalu mabuk, tambahan tak boleh masak dan tak boleh langsung hidu bau masakan, goreng, rebus, kukus!

Yang boleh dihidu hanyalah buah-buahan. Merasa juga makan buah selama 3 bulan berturut-turut. Sangat mencabar. Tentu ada hikmahnya Allah bagi wanita yang mengandung...

Sedar tak sedar, sudah sampai ke penghujung musim kandungan. Tak lama lagi, baby akan ada depan mata mommy dan daddy..

Daddy selalu pesan dengan mommy, baik-baik sahaja, supaya nanti baby pun jadi anak yang baik. Mommy minta maaf kalau mommy ada ajar baby benda yang tak baik, okay.

Sudah bermula pemeriksaan kandungan 2 minggu sekali. Harap-harap baby baik-baik sahaja. Baby, mommy tengah cari nama baby...

Baby nak nama apa, sayang? Mommy tak sure baby boy ke girl..:) bagitahulah mommy, sayang...

No comments:

Post a Comment