Monday, January 2, 2012

Resipi Chocolate Indulgence Secret Recipe


Resipi Kek Chocolate Indulgence Lyn. (Tiru layer Secret Recipe sahaja, bukan 100% resipi Secret Resipi)

kek coklat :

1 cup self raising flour
1/2 cup plain flour
1/3 serbuk koko
3/4 caster sugar
3/4 susu segar
2 biji telur
125g butter (unsalted)

Cara-cara :

Pukul gula dan dua biji telur
masukkan butter dan pukul lagi.
masukkan tepung serta serbuk koko, pukul sampai hilang lumps butter
masukkan susu.


Kek perisa susu (layer yang putih tu)

2 biji telur
3/4 gula
1 3/4 self raising flour
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar MILO
2/3 susu segar
125 g butter (salted)

Cara-cara:

pukul gula dan telur sampai kembang
Masukkan butter, pukul lagi
masukkan tepung dan susu tepung serta MILO
sampai hilang lumps butter
masukkan susu segar..

Bakar dalam oven suhu 170-180 darjah dalam 20-40 minit, (40 minit tu kalau kek masih belum keras dalam masa 20 minit)

Mousse :
Tak buat, tapi beli sahaja. Di Toowoomba, saya beli di ALDI. Sorry, tak pandai buat. So, siapa-siapa nak beli, cari dekat kawasan sejuk "dairy".

namanya Indulgence Mousse. Bentuknya cair macam yogurt dan ada piece of chocolate dalamnya. So, beli la 3-4 bekas kalau nak tebal mousse tu, okay!

Coklat topping :

Cairkan coklat masakan 300g je tau!
dengan 2sudu susu segar

Lapisan bawah sekali, kek coklat
lapiskan bahagian atasnya dengan jem coklat(beli sahaja he he, tak perlu buat)
lapisan seterusnya, kek perisa susu
atas kek perisa susu, lapiskan dengan mousse
atas mousse, kek coklat semula
lapisan atas kek coklat ini lapiskan dengan jem coklat yang berbaki
kemudian, topping, curahkan coklat cair

Hiaskan dengan kacang almond kisar....

**Sorry kalau tak faham. :) Tak pandai nak tulis step by step... Tanya la kalau tak faham ye..:)

Oh, kek ni makan sejuk-sejuk ya. Masa nak lapiskan tu, semua kek kena sejukkan dahulu... Kalau panas, nanti jem coklat dan mousse tu cair pula.

No comments:

Post a Comment