Monday, January 30, 2012

Sate Minang / Satay Minang



Kredit gambar kepada tuan punya blog Kuah Sate Minang http://arinakiswantoh.blogspot.com/2011/09/kuah-sate-minang.html
(Boleh klik blog ini ya) saya pinjam resipi ini daripada tuan blog ini... Gambar ini juga! Minta halal ya, Arina !


Hari ini,
pagi-pagi lagi saya sudah mengidamkan sate minang,
sate yang suami ajar saya makan, sejak mula-mula kahwin dulu. Kami keluar ke Kuala Lumpur dan singgah di Restoran Rose,
makan malam, sate minang.

Sate ini sangat berbeza dengan sate yang biasa kita jumpa pada hari raya, rumah terbuka,
kenduri atau rumah orang melayu, amnya.

Sate ini mungkin....berasal dari bahagian minang sana. :) saya pun belum tahu sejarahnya. Cuma terdetik dalam hat, teringin makan sate minang. Baby pun nak kan? :)

Hari ini saya google sate minang dan jumpa satu lama blog yang saya faham cara-caranya, (Berbanding blog lain, susah nak ikut cara resipinya) Terima kasih penulis blog dan juga rakan satu universiti dengan saya, (saya lihat profilenya)

blog http://arinakiswantoh.blogspot.com/2011/09/kuah-sate-minang.html

So, setelah selesai urusan saya di klinik dan sebagainya, saya ambil masa singkat untuk perap daging. Mujur ada pressure cooker TEFAL yang sangat membantu. Biarpun perap sekejap, tapi dengan pressure cooker TEFAL ini, makanan lebih mudah meresap rempah. MAklumlah, masak dengan tekanan.

So, saya baru sahaja perap daging. Sekarang pukul 458pm. Suami minta sate minang ini sebagai makan malam. Masih berbaki 3 jam lagi (biasanya kami makan malam jam 7pm)

Jadi, kuahnya saya fikir tidak ambil masa yang lama, saya mahu perap daging selama sejam sambil-sambil saya melayari Internet. :)

Resipinya saya copy dan paste dari laman blog tadi ya!

Ini resipinya. :


Kuah Sate Minang

BAHAN-BAHAN (a)
1.CILI API
2.CILI MASAK
3.KUNYIT
4.BAWANGPUTIH+MERAH
5.LENGKUAS
6.KETUMBAR
7.JINTAN MANIS+JINTAN PUTIH
(KISAR BAHAN A DAN TUMIS)

BAHAN-BAHAN (b)
1.SERAI
2.DAUN LIMAU
3.DAUN SALAM
4.DAUN KUNYIT
5.HALIA KETUK
(MASUKKAN BAHAN NI DALAM TUMISAN BAHAN (a) TADI)

BAHAN-BAHAN (c)

1.KIUB PATI AYAM MAGGI
2.TEPUNG BERAS(PEMEKAT)
3.AYAM
(REBUS AYAM YG DAH DIPOTONG SEHINGGA MASAK,TOSKAN DAN LERAIKAN DAGING DARI TULANGNYA,AIR REBUSAN AYAM TADI DICAMPURKAN KE DALAM TUMISAN BAHAN-BAHAN (a) DAN (b) TADI,MASUKKAN 3 KIUB PATI AYAM,KACAU SEBATI,BANCUH TEPUNG BERAS DENGAN AIR,MASUKKAN KE DALAM BAHAN-BAHAN YG DAH DICAMPUR TADI.KACAU HINGGA MENGELEGAK DAN KEPEKATAN SESUAI DGN CITARASA ANDA,MASUKKAN AYAM YG DAH DILERAIKAN TADI DAN MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA.SIAP,HEHEHE.

Saturday, January 28, 2012

Sabtu nan SEJUK, SABTU dan BUKU

Hari ini Sabtu. Seperti biasa, suami ke temat kerja seawal seusai menunaikan solat Subuh. Saya pula terus menulis untuk hari ini.

Hari ini janji suami, akan ke Garage Sales, bengkel kereta (dengan rakannya), ke jualan buku Toowoomba City Library.

Selepas suami pulang dari kerja, kami bergegas ke sebuah rumah di Middle Ridge untuk mengambil kabinet baju untuk buah hati kami. Harga? sangat berbaloi! 30AUD untuk 3 buah kabinet!

Usai membeli di Middle Ridge, kami ke kawasan Harristown dan suami gembira dengan hasil perolehannya hari ini, remote control car (2 buah) dengan harga, 20AUD!! Sangat-sangat berbaloi!

Siap sahaja di sana, kami pulang sebabnya suami perlu ke bengkel dengan rakannya dan saya mahu ke perpustakaan.

Pada asalnya suami tidak izinkan saya ke sana seoran diri. Setelah dipujuk berkali-kali, barulah saya dibenarkan keluar sendiri ke perpustakaan untuk membeli buku. Indahnya!

Suami bekalkan AUD50 untuk saya membeli belah. He he he

Sebaik-baik sahaja sampai di perpustakaan, saya segera masuk dan memilih buku. Memang buku agak lama tetapi sangat berbaloi ilmunya. Saya cepat-cepat grab buku-buku baby, parenting dan motivasi untuk bacaan kami suami isteri. Majalah parenting, majalah kereta dan truck untuk bacaan suami.

Saya hanya perlu membayar 26AUD untuk satu beg yang snagat besar (yang tidak mampu saya kendong dengan perut hamil ini) tetapi saya kendong juga dengan tawakl supaya tidak berlaku apa-apa yang menakutkan (turun darah atau terbersalin di perpustakaan)!!


Saya bergegas ke kaunter dan bertanya ruang jualan untuk buku kanak-kanak pula. Saya suka mengumpul buku kanak-kanak yang sangat menarik, berkulit tebal di sini. Harga yang sepatutnya sangat mahal di Malaysia.

Saya di bawa oleh seorang pekerja perpustakaan itu menuju ke kawasan jualan buku kanak-kanak.


Setelah diberi sebuah beg, saya bergegas mencari buku. Dengan penuh semangat (dan sikap tamak) saya mengambil buku-buku permulaan, ABC, corak, nombor untuk bacaan anak-anak. TErmasuklah untuk saya simpan di mini library di rumah yang bakal kami inap di Malaysia nanti. Saya mahu simpan buku-buku yang saya beli di Australia ini untuk bacaan anak saya dan anak-anak buah yang bakal lahir lagi nanti serta anak-anak rakan yang bakal berkunjung ke rumah.

Buku yan menarik, hard cover, bukan murah kalau mahu dibeli baru (di Malaysia). Maka, saya sematkan dalm hati, walaupun buku itu sudah agak lusuh dan lunyai, saya mahu juga! Termasuklah buku di garage sales.

Seronoknya hari ini!

Buku, Sabtu dan Kehidupan!

Tuesday, January 24, 2012

Kuih kegemaran mommy

Entah kenapa saat-saat akir kehamilan ni, mommy teringin sangat makan kuih-kuih tradisional yang selalu mommy beli masa mommy bujang-bujang dulu..:)

Minggu lepas mommy dah buat kuih SERI AYU, nampak ayu sebab berbintang, Mommy tukar jadi SERI LYN, boleh? Cuma acuannya tak sam dengan acuan yang sepatutnya. So, agak ambil masa nak masak. Kelapa pun bukan kelapa kukur, mommy just bought shredded coconut dari kedai ASIAN, jadilah... (Dah macam nak buat LAmington pula! Lamington tu kek Tradisi Australia, )

So, dalam hujung minggu ni, mommy nak buat 2 jenis kuih tradisional lagi, buah melaka, onde-onde dan kuih Jennifer Lopes.

Kedua-dua kuih memerlukan gula merah. Maka, dengan rasa sedihnya, kat sini tak ada gula merah. Ada gula melaka, cuma mommy tak sempat nak pesan kat daddy beli masa shopping weekend yang lepas.

So, kita guna sahajalah gula apa yang ada dekat rumah kita ni ye... :)

Baby suka kan, dapat makan kuih ni? Opah pandai.. Nanti kita balik kampung kita minta opah buatkan, okay?


**Lapar tahap apa dah ni, mommy ganti puasa.. :((((

Sedar tak sedar : 34 minggu

Masuk minguini sudah 34 minggu mommy carry baby dalam perut. Aiyooo... terexcited sangat nak bersalin. Tapi takut juga kalau-kalau sakitnya sakit yang amat sangat.

Hari ni, terdetik dalam hati, cepatlah bersalin. Boleh mommy gomol-gomol baby... Rindu dan tak sabar rasanya nak pegang baby. Nak ada baby depan mata. Asyik duk dalam perut mommy je. Kadang-kadang kalau baby tidur, mommy bosan. Tak ada orang nak tendang-tendang mommy...

Daddy pula tak ada kat rumah. Busy study dan kerja. Bosanlah mommy macam ni....:(

Mengenangkan beberapa bulan yang lalu, penantian mommy berakhir pada bulan June, 2011. Mommy buat urine test mengesahkan mommy ada baby... Sangat teruja nak bawa baby balik Malaysia jumpa semua orang. This is my OZ baby.. Everything is made in OZ!

Tapi setelah baca berita-berita yang disiarkan dalam berita di Malaysia, gerun dan sangat gerun bila ada berita baby tersedak susu, keracunan di TASKA dan macam-macam lagi. Kalau ditakdirkan kita balik awal, kalau daddy cepat habis study, baby akan balik Malaysia dalam umur setahun. Masih kecil lagi dan masih lagi perlu dibantu, disusu. Kalau mommy dah mula bekerja, mommy terpaksa hantar baby ke TASKA, sama macam orang lain.

Tiba-tiba hati mommy jadi keruh, sendu, pilu. Mommy terasa takut sendiri. Terdetik dalam hati, bolehkah kalau mommy tak kerja duduk di rumah dan jaga anak-anak? Atau ada cara lain, mommy bekerja dari rumah?

Daddy terima ke cara tu? Entah kenapa, perkara ni asyik menghantui mommy sejak minggu lepas. Gerun sangat dengar cerita yang bukan-bukan macam tu. Memanglah ajal maut di tangan Allah, bukan tangan pengasuh TASKA, tapi, semua tu buat mommy takut.

Mommy carry you for the whole 9 months, felt the kicked and the kissed!

Monday, January 23, 2012

Bersedia untuk solid food baby?

1) Pisang dilecek, diberikan kepada bayi yang sudah pandai mengunyah

2) Rice pudding with apple, sultana & Cinnamon compote
500g Rachel's Divine Rice Pudding
20g unsalted butter
170g sugar
50g Bramley apples cored, peeled, sliced
50g sultanas
1tsp ground cinnamon
4 tbsp water


3) Poached egg with toasted bread

4) Lentil puree with tomato and cheese
great source of iron, for brain development and protien.

Suitable for 6 months
makes 6 portions

*1tbsp vegetable oil
*1 onion chopped
100g carrots, peeled and chopped
*15g celery, chopped
*1 small clove garlic, crushed
*50g red lentils
*250g sweet potato, peeled and chopped
*200ml jar, passata (tomato sauce)
*40g mature cheddar cheese, grated

1- heat the vegetable oil and saute the onion, carots, celery and garlic for 5 minutes.
2- rinse the lentils and add to the pan. Add the sweet potato and saute for 1 minutes
. pour in the passata and water. Cover and cook for about 30minutes
3- remove from the heat and stir in cheese until melted. Puree in the blender.


FINGER PICKING CHICKEN BITES

Finger food:

suitable for freezing, for 9 months bubs and makes 25 to 30 bites

* 1 tbsp light olive iol or sunflower oil
* 1 onion, finely chopped
*50g grated carrots
* 1 apple
* 300g mince meat/ chicken
* 1/2 tsp dried thyme
* 1tbsp fresh parsley chopped.
* 90g bread crumbs
* 15-20 g grated parmesan
* 1/2 chicken stock cube
* vegetable oil for frying

1) Heat the olive oil in the frying pan
and saute the onion for 3 minutes
add the carrots and saute for another 5 minutes, stirring gently.

2) mix together the grated apple, chicken, onion, carrots, thyme, parsley, breadcrumbs and crumbled stock cube and blitz for a few second in food processor.

3) form the mxture into around 25 bites heat the vege oil in a frying pan fry around 5 minutes until lightly golden.
*

Thursday, January 19, 2012

Merenung jauh


Hari-hari merenung ke dalam bilik kedua rumah kecil ini.
hati berdetak, takut dan gembira.
Bakal hadir permata hati mommy dan daddy,
yang entah bagaimana wajhanya, comelnya, baiknya dia..

Hari-hari mommy merenung semua barang-barang yang mommy dan daddy belikan untukmu sayang..
Terdetik dalam hati mommy, adakah kamu tahu kami sangat-sangat berusaha menjadikan kehadiranmu suatu kehadiran yang sangat dinanti-nantikan?

Setiap kali mommy lipat baju kecilmu,
terbayang sudah kamu di hadapan mata mommy,
senyummu, gelak tawamu,
tangisanmu...

Jadilah anak yang bijak dan pintar.
Lahirlah sebagai anak yang berjasa,
Keluarlah dengan yakin dan berani dari perut mommy,
Jadilah anak yang sihat dan sempurna.

Setiap kali mommy tidur,
mommy selalu mahu mimpikan kamu, sayang

Terlalu sayang akan kamu,
buatkan mommy dan daddy terus takut hendak berkasar dengan kulit perut mommy..
Maafkan mommy, kekadang mommy tersadung perut pada sinki dan meja..

Kamu tentu dapat rasa hentakannya, kan?

Sayang mommy tak? Keluar cepat dan jadi anak yang sihat sempurna bijak dan berbakti kepada agama dan negara, okay?

Pejam celik, Bangun duduk


Tak lama sahaja lagi proses melahirkan akan berlaku. Dengan hati yang penuh debaran, didoakan kepada diri sendiri supaya kuat dan teguhlah menjadi seorang pejuang pada saat itu nanti.

Hanya satu harapan: Kepada suami,

Maafkanlah segala perilaku salahku,
Doakanlah kemudahan untukku,
Halalkanlah segala yang telah aku makan dari tanganmu,
Doakanlah aku ketika aku sudah mula berjuang antara hidup dan mati...

Tersingkap segala memori suka dan duka bersamamu, wahai suami.
Andai takdir memisahkan kita,
hanya memori itu akan jadi kenangan manis buat kita untuk kita kenang.
Andai nyawa memisahkan kita, doakanlah terus-terusan agar aku, isterimu bakal mendapat Syurga melalui doamu , halalmu dan redamu..

Suamiku, ketahuilah,
kasih sayang, cinta suci hanya untukmu.

Bersedialah menrima buah hati kita yang pertama.
Namakanlah dia sebaik-baik nama, seperti yang sama-sama kita persetujui, nama yang ringkas dan mudah, sekali disebut, maknanya terus meresap ke jantung.

Bersedialah menjadi seorang ayah dan suami buat kami berdua.

Daddy, we love you!

LOVE:

Mommy and baby.. :)

Tuesday, January 10, 2012

CD sudah dipos! My Little Ripple

Alhamdulillah. Petang ini sudah saya cek emel yang banyak tidak dibaca. Seronok dan teruja. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan terima bungkusan CD yang telah suami bayarkan.

Lumayan juga dengan CD 10 keping dan insert 10 keping, saya dapat extra insert 10 keping. Jadi CD ada 10, insert ada 20. Bolehlah saya mula belajar membasuh, menjaga dan meneliti CD itu.

Oh, ya! CD ini keluaran khas negara Australia. Kilangnya di NSW dan penghantaran ke beberapa area ni Australia adalah percuma. Penghantaran untuk saya di sini, PERCUMA! Sebab itu saya suka!

Jenama CD yang saya maksudkan : My Little Ripple. Taiplah nama itu, pasti akan anda berjumpa dengan lama yang menjual peralatan bayi. Tidak banyak, tetapi masih boleh dipertikaikan kehebatan barang-barangnya. Penghantaran juga cepat dan sangat mesra melayan pelanggan. Saya jadi tidak bersemangat bila penjual melayan saya dengan endah tidak endah sahaja. kalau berjual, mesralah dengan pelanggan....

Oh, ya! Kalau mahu order, silalah order ya! Pasti anda akan suka dengan CD ini..

Monday, January 9, 2012

tudung mahal VS tudung murah


Sejak beberapa minggu yang lalu, mereka berbual tentang tudung. Tentulah kami di sini tidak hairan tentang perubahan fesyen tudung di Malaysia.

Kami di sini keluar berjalan sekadar sahaja. pakai apa yang ada. Baju pun buruk. Mana tidaknya, mungkin kami terikut-ikut dengan cara budaya masayarakat Inggeris yang keluar hanya dengan baju usang, tanpa selipar. Meraka bukan msikin, entah kenapa sikap tidak suka bermewah-mewah mungkin? (Opss,,,sebahagian sahaj, okay. mana-mana inggeris yang mewah, masih ada).

Ada kakak yang bercakap tentang tudung baru, sebab dia baru sahaja balik dari Msia. Saya juga teringat tentang tudung-tudung yang saya pernah lihat dalam FB, entah tudung mahal mana, saya juga lupa sebab saya tidak ada tudung mahal begitu.


Kata kakak itu, harga tudung bukan memainkan peranan penting, sebaliknya lihat tudung itu. Cukupkah syarat dalam Islam? Adakah tudung itu benar-benar mengikut syariat yang ditetapkan. Saya membelek diri. Saya juga masih belum sempurna. Tapi bila difikir-fikir, tudung mahal bukan salah satu faktor menampakkan kita solehah. Biarlah tudung murah RM10, janji kita nampak ayu dan anggun bertudung Sekaligus menepati syariat.

Tudung mahal yang biasa saya lihat, Ya Allah, berrenda-renda dah macam alas meja ataupun kain kembang... Maaflah sesiapa yang pakai. Itu pendapat individu.. Kalau anda banyak duit, silakanlah. Tapi kalau saya, cukuplah sekadar tudung itu baik dan okay, tidak rosak dan mudah untuk saya pakai, saya akan suka tudung begitu

Mahal atau murah, tidak penting, yang penting syariat...

Hmm...saya mengangguk sepi.. Menginsafi diri...

Sunday, January 8, 2012

Senarai barang bayi (List for newborn) - Luar negara

Pakaian:

5 set rompers
10 set sarung kaki
10 set sarung tangan
5 set baju tidur
3 set sleeping bag
2 helai water proof mat
1 dozen CD atau
1 pek newborn disposal diapers
5 set topi
10 helai singlet (inner masa musim sejuk)
20 helai blanket
2 dozen kain lampin putih (ANAKKU, bought from Malaysia)
5 helai seluar getah (jenis ikat, zaman lama-lama dulu)
5 helai bip
10 helai barut baby



mandian:
1 set syampu / sabun
1 bekas buth tub
1 Kiddier bath support towel
1 pek cotton bud, facial cotton
1 set grooming baby set


Tempat tidur baby:
1 helai water proof mat (lapisan bawah untuk tidur, elak mattress cot basah)
1 baby cot
3 bed sheet
1 sleeping bag / fleece blanket (winter)
1 night light (untuk mudah nak tengok baby malam-malam gelap)


peralatan lain:
1 bekas nappy bin
1 bouncer
1 floor gym


Aksesori lain :
Feeding pillow (kalau breast feeding)
Feeding bottle
breast pump for mommy
set herba jamu lepas bersalin for mommy
storage bottle for breast milk
sun shade for car
Nipple protector
Bottle brush / teat brush
wipes
Rashes cream (no lanolin, no paraben)
Nipple cream for mommy (use a weeks before deliver baby)
Maternity pads
Breast pad
NAPPY BAG FOR STORAGE (Travel)
Porta-cot (TRAVEL)
Car seat (Travel)
baby capsule (travel)
Bassinet (no need if the car seat are two in 1)
Pram (for newborn)
Stroller (For toddler)
*Choose yang boleh pakai lama. Kalau beli pram for newborn, nanti kena keluar duit lagi for the baby bila dia dah besar and jadi toddler, (ikut berat KG, semua pram and stroller)



Storage bin for all the baby's syampu, baby bath, grooming set put in the nappy bag.

**No need to buy clothes (a lot) for newborn, because they will grow, too fast. Get ready for invest bila baby dah nak jadi toddler.

Will edit soon!

Happy shopping!

Colic, kembung perut.

Barulah saya tahu apa itu colic. Selama ini saya baca majalah pregnancy, saya asyik baca sahaja. Saya tak ambil kisah pun cerita pasal colic. Rupa-rupanya, colic itu ialah kembung perut.

Fakta mengatakan bahawa, bayi berusia 3 bulan hingga 3 tahun lebih cenderung mengalami kembung perut.

Tanda bayi kembung perut :

Menangis tanpa sebab
Tidak selesa
tidak lena tidur
Tidak mahu tidur


Kalau di malaysia, popular minyak apa yang selalu digunakan untuk kembung perut bayi? saya dengar minyak Yu-Yi Cap Limau. Oh, malangnya! saya tidak ada minyak itu. Ada sesiapa mahu bantu hantarkan minyak itu kepada saya?

Tapi, saya juga pernah baca, minyak Yu Yi Cap Limau dan minyak TELON tidak halal? benarkah? kalau benar, di mana faktanya? Saya dengar daripada orang sahaja. Saya tidak ada pengalaman menggunakan minyak itu, apatah lagi memeriksa isi kandungannya...

Cloth Diaper

Saya terjumpa dalam laman web tentang satu jenama CD yang sangat murah. Hasilnya juga saya rasa sama macam dengan CD yang mahal-mahal yang ada di pasaran.

modern cloth nappy daripada my little ripple, walaupun coraknya tidak menarik macam CD yang lain, tapi saya suka dengan harganya.

Insya-Allah, saya akan minta suami belikan CD yang ini. Mungkin juga nanti akan beli CD dari Malaysia.

Thursday, January 5, 2012

Cloth diaper VS Disposal diaper (Belian di Australia)





Aduhai, pening juga hendak fikirkan langkah apakah yang harus saya lakukan untuk memilih antara dua perkara ini.

Sayangkan bumi, penjimatan, maka saya rasa CD adalah jalan terbaik. Tambahan pula suami masih belajar dan saya pula tidak bekerja. Rasanya CD bukanlah satu bebanan untuk saya setakat hendak mencucinya selang 2 hari.

Lampin pakai buang. Hmmm...
Rasanya hal ini sangat berat buat saya. Sebabnya, lampin pakai buang meraih harga yang paling tinggi dalam senarai shopping setiap minggu. Bayangkan dalam satu pek, lebih kurang 40AUD, hanya ada 70 keping. Pakai dan buang.

Sepanjang minggu saya asyik meneliti Internet mencari beberapa jenis CD yang dijual di psaran Australia untuk saya bandingkan dengan CD yang dijual di Malaysia.

Saya mengambil kira harga pos dari Malaysia ke sini. Dan saya juga ambil kira harga AUD yang perlu diganda tiga untuk dapatkan total RM yang perlu dikeluarkan demi CD.
Mahukan CD yang secondhand, saya belum pernah jumpa lagi di garage sales CD secondhand...

Agak bertuah hari ini saya sudah jumpa satu link yang menjual CD di kawasan NSW dan QLD sekitarnya, dengan harga borong yang sangat murah dalam matawang AUD. (Tolonglah jangan darab tiga!!)

Rasanya mahu pujuk suami untuk beli yang ini. Dan akan beli beberapa cover daripada Baby Beehinds untuk kegunaan harian juga. Semoga dipermudahkan Allah SWT urusan saya dan suami demi anak yang bakal kami lahirkan ini..


Boleh lihat link ebay ini http://www.ebay.com.au/sch/little.ripple/m.html?_nkw=&_armrs=1&_from=&_ipg=&_trksid=p3686

Monday, January 2, 2012

Debaran menanti, 2012


Pejam celik, pejam celik, sudah 31 minggu baby tinggal dalam perut mommy. Seronok tendang-tendang perut gebu mommy, ye?

Dengar tak suara daddy dengan mommy dekat luar sembang-sembang? Baby jaga diri baik-baik dalam perut mommy ye! Nanti bila dah bersalin, boleh peluk-peluk sama-sama..:)

Sedar tak sedar, sudah enam bulan lebih tragedi mabuk mengandung. mabuk yang terlalu mabuk, tambahan tak boleh masak dan tak boleh langsung hidu bau masakan, goreng, rebus, kukus!

Yang boleh dihidu hanyalah buah-buahan. Merasa juga makan buah selama 3 bulan berturut-turut. Sangat mencabar. Tentu ada hikmahnya Allah bagi wanita yang mengandung...

Sedar tak sedar, sudah sampai ke penghujung musim kandungan. Tak lama lagi, baby akan ada depan mata mommy dan daddy..

Daddy selalu pesan dengan mommy, baik-baik sahaja, supaya nanti baby pun jadi anak yang baik. Mommy minta maaf kalau mommy ada ajar baby benda yang tak baik, okay.

Sudah bermula pemeriksaan kandungan 2 minggu sekali. Harap-harap baby baik-baik sahaja. Baby, mommy tengah cari nama baby...

Baby nak nama apa, sayang? Mommy tak sure baby boy ke girl..:) bagitahulah mommy, sayang...

Resipi Chocolate Indulgence Secret Recipe


Resipi Kek Chocolate Indulgence Lyn. (Tiru layer Secret Recipe sahaja, bukan 100% resipi Secret Resipi)

kek coklat :

1 cup self raising flour
1/2 cup plain flour
1/3 serbuk koko
3/4 caster sugar
3/4 susu segar
2 biji telur
125g butter (unsalted)

Cara-cara :

Pukul gula dan dua biji telur
masukkan butter dan pukul lagi.
masukkan tepung serta serbuk koko, pukul sampai hilang lumps butter
masukkan susu.


Kek perisa susu (layer yang putih tu)

2 biji telur
3/4 gula
1 3/4 self raising flour
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar MILO
2/3 susu segar
125 g butter (salted)

Cara-cara:

pukul gula dan telur sampai kembang
Masukkan butter, pukul lagi
masukkan tepung dan susu tepung serta MILO
sampai hilang lumps butter
masukkan susu segar..

Bakar dalam oven suhu 170-180 darjah dalam 20-40 minit, (40 minit tu kalau kek masih belum keras dalam masa 20 minit)

Mousse :
Tak buat, tapi beli sahaja. Di Toowoomba, saya beli di ALDI. Sorry, tak pandai buat. So, siapa-siapa nak beli, cari dekat kawasan sejuk "dairy".

namanya Indulgence Mousse. Bentuknya cair macam yogurt dan ada piece of chocolate dalamnya. So, beli la 3-4 bekas kalau nak tebal mousse tu, okay!

Coklat topping :

Cairkan coklat masakan 300g je tau!
dengan 2sudu susu segar

Lapisan bawah sekali, kek coklat
lapiskan bahagian atasnya dengan jem coklat(beli sahaja he he, tak perlu buat)
lapisan seterusnya, kek perisa susu
atas kek perisa susu, lapiskan dengan mousse
atas mousse, kek coklat semula
lapisan atas kek coklat ini lapiskan dengan jem coklat yang berbaki
kemudian, topping, curahkan coklat cair

Hiaskan dengan kacang almond kisar....

**Sorry kalau tak faham. :) Tak pandai nak tulis step by step... Tanya la kalau tak faham ye..:)

Oh, kek ni makan sejuk-sejuk ya. Masa nak lapiskan tu, semua kek kena sejukkan dahulu... Kalau panas, nanti jem coklat dan mousse tu cair pula.

Selamat tahun baru!


Tahun 2012 menjelang. Saya dan suami hanya membuang masa meneliti sambutan tahun baru di negara orang.

Mabuk dan pergaulan bebas, biasalah. SUdah tentu ada, negara bukan Islam. Sedangkan negara Islam juga ada yang begitu, bukan? (Dengarnya di Malaysia juga ada sambutan tahun baru)

Kami sekadar melihat percikan bunga api dan makan bekalan yang kami bawa. Pengalaman solat di celah-celah tempat tersorok sangat menyeronokkan. Risau juga ditahan polis, kalau-kalau dianggap pengganas. Menonggeng tak tentu pasal, kan? :)


Sambutan tahun baru, tidak ada apa-apa perubahan dan kelainan. Saya dan suami pulang ke rumah dan berehat seperti biasa. Tambahan pula suami kurang sihat.

Inilah permulaan tahun baru 2012. Doa saya, semoga tahun 2012 ini membawa kebaikan untuk bangsa, agama dan negara malaysia (Islam)

Doa saya semoga suami cekal mengharungi semua masalah yang ada di hadapan kita. Jadikan isteri dan anak sebagai penguat semangat. Kami sentiasa ada untuk abg...

Tanpa henti saya berdoa, agar suami cepat-cepat habis belajar di sini dan kami dapat pulang ke Malaysia secepat mungkin. Rindu pada tanah air (walaupun ada masanya tanah air sangat jelik dengan cerita-cerita politik yang tidak berkesudahan).

Semoga rezeki saya, suami dan anak semakin murah dan diberkati Allah SWT.

AMIN!